Permohonan bantuan boleh dilakukan secara dalam talian dengan mengemukakan permohonan melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/ bermula dari 19 hingga 31 Mac 2023.
Setelah permohonan dilengkapkan, sila mencetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
Bagi pemohon kategori PERANTAU, anda boleh membuat permohonan mulai 1 April 2023.

Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen-dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan.
- Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan.
Borang PRT20
Mengikut pada syarat kelayakan di atas, pemohon perlu mengisi maklumat diri dan keluarga dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu. Berikut adalah borang tersebut :
Borang PRT20 (Download)
Borang Kemaskini PRT20 (Download)
Maklumat lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan i-Fitri boleh dirujuk melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Atau hubungi talian Hotline Negeri di :
- 011-5368 1120
- 011-1526 5561