4,7 ★
6.1K Reviews |
1M+
Downloads |
Size
33 MB |

Bantuan i-Fitri 2023 bernilai RM300 diberikan sebagai satu kali bantuan khas kepada rakyat Terengganu bagi membantu persediaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Bantuan ini bertujuan membantu golongan B40 & M40. Permohonan, semakan dan kemaskini boleh dilakukan secara online bermula dari 22 Mac sehingga 31 Mac 2022.
BACA JUGA :
- Aplikasi Pinjaman Wang Berlesen Malaysia : Kelebihan dan Kekangan
- Cagaran KWSP untuk Pinjaman Bank: Manfaat dan Cara Menggunakannya
- Pinjaman Pengajian Tinggi Perak: Memenuhi Kebutuhan Pendidikan Anda dengan Mudah
Bantuan I Fitri B40 & M40
Bantuan ini hanya diberikan kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan di antara RM2,500 hingga RM5,000.
Jumlah Bantuan
Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon adalah seperti berikut:
- RM300 one-off
Tarikh pembayaran
Tarikh pembayaran yang akan diterima pemohon yang layak adalah dari 17 April 2022.
Syarat Kelayakan iFitri
Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon bantuan i-Fitri:
- Warganegara Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu semasa memohon.
- Pemohon mestilah Ketua Isi Rumah (KIR), termasuk ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain, dengan jumlah pendapatan isi rumah bulanan: a. Kurang daripada RM2500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun); atau b. Antara RM2501.00-RM5000.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun).
- Pemohon perlu mendaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20).
- Pemohon mestilah pengundi yang berdaftar di Terengganu.
- Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan tidak layak memohon.
- Kontraktor berdaftar tidak layak memohon.
- Peniaga berlesen tidak layak memohon melainkan jumlah pendapatan isi rumah memenuhi keperluan kategori.
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji hendaklah mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK.